Home » , , » Mail Dan Sudin Sambut Ramadan (2015) Complete Episod 1-20

Mail Dan Sudin Sambut Ramadan (2015) Complete Episod 1-20

4oVS6yH

Sinopsis
Mail (Remy) merupakan samseng-lah-sangat di Kampung Selamat. Sudin (Shuib) pula kononnya-samseng di Kampung Beringin. Tiap-tiap hari kerja mereka adalah cuba mendajalkan antara satu sama lain akibat konflik lama ibu bapa mereka. Setiap kali mereka saling mendajal, orang kampung mereka lah yang dapat susah. Lebai Salleh (Mat over) sering menjadi tempat rujukan kedua-dua kampung disebabkan kedudukan rumahnya di tengah-tengah antara dua kampung itu, menyebabkan Lebai Salleh tidak memihak. Anak Lebai Salleh, Mawar (Sari Yanti) pula diminati oleh Mail dan Sudin.

Sehinggalah pada satu hari, Mail dan Sudin dituduh orang kampung mengecat tandas surau dengan warna pink. Akibat tak puas hati dgn tuduhan orangg kampung, mereka berusaha untuk mencari siapa sebenarnya yang mengecat tandas surau mereka itu. Sehinggalah mereka mencari bomoh yang sedang bertapa dalam hutan, sehari sebelum puasa. Malangnya, kedua-dua mereka tersesat dalam hutan. Mahu tak mahu, Mail dan Sudin yang baru terserempak dalam hutan perlu bekerjasama untuk mencari jalan keluar yang tak dijumpai. Semasa dalam hutan itulah, keinsafan menerjah diri mereka berdua.

Di kampung mereka pula, ingatkan sudah aman sebab ketiadaan Mail & Sudin. Tetapi tidak. Kedua-dua kampung asyik bergaduh, lawan antara satu sama lain untuk tunjuk siapa lebih 'alim' dalam mengimarahkan bulan ramadan. Isu-isu imam terawih, khatam Al-Quran, majlis buka puasa, derma ramadan, hatta nak pasang pelita pun kedua-dua kampung masing-masing nak lawan dan tunjuk hebat.

Pelakon : Remy Ishak, Shuib Sepatu, Sari Yanti, Mat Over, Mell Yahya, Akmal Ahmad, Syahir Azman, Rahman Rahim, Amsyid Ismail, Azhar Amir

Tonton





























Episod 1Episod 2Episod 3Episod 4Episod 5Episod 6Episod 7
Episod 8Episod 9Episod 10Episod 11Episod 12Episod 13Episod 14
Episod 15Episod 16Episod 17Episod 18Episod 19Episod 20


 Download

POP

Popular Posts

Blog Archive

 
Copyright © 2014 Malay Tonton Tube
Blogger Templates