Home » , , » Lawak Ke Der (2015)

Lawak Ke Der (2015)

Lawak-Ke-Der-Poster-A4-copy-730x1024

Pengarah : Hans Isaac
Pelawak : Harith Iskandar, Afdhlin Shauki Douglas Lim, Bocey
Sinopsis : Kumpulan Bocey tersenarai sebagai salah satu daripada line-up yang bakal memeriahkan pementasan Lawak Ke Der 2015 yang bakal berlangsung dari 16 April hingga 19 April ini di Istana Budaya. Bocey yang dianggotai oleh Abam, Achey dan Fad berasa teruja dengan pemilihan mereka dalam jenama Lawak Ke Der yang mula diketengahkan sejak 2012. “Kami sangat teruja dapat terlibat dalam Lawak Ke Der. Macam mimpi kami dapat join, walaupun ada ramai lagi pelawak yang lagi bagus di luar sana, nama kami terpilih, terima kasih kepada Hans yang memberi peluang dan kepercayaan kepada kami,” kata Fad mewakili rakan-rakannya ketika ditemui pada sesi sidang media Lawak Ke Der 2015 di Istana Budaya, di sini hari ini. Untuk mendapatkan idea baharu yang tidak pernah lagi dipersembahkan oleh mereka, Bocey mengatakan mereka banyak melihat rujukan daripada pelawak-pelawak otai lain yang turut terlibat dalam pementasan kali ini. Selain Bocey, Lawak Ke Der 2015 bakal memperlihatkan line-up pelawak antaranya Afdlin Shauki, Harith Iskander, Douglas Lim dan pendatang baharu Rayza Mukmin. Sementara itu, pengarah pementasan tersebut, Hans Isaac mengatakan dia sendiri secara peribadi memilih Bocey selepas membuat survey secara tidak rasmi sebelum ini. “Saya yang nakkan Bocey secara personally. Saya buat research pasal Bocey. Daripada situ saya dapati ramai yang nak Bocey join Lawak Ke Der. “Bagi saya lawak yang diketengahkan mereka adalah lawak Melayu bijak yang tidak memperbodohkan penonton,” katanya.

DOWNLOAD FILE SINI





POP

Popular Posts

Blog Archive

 
Copyright © 2014 Malay Tonton Tube
Blogger Templates