
Amran sedang memanjat pokok kelapa mencari buah kelapa muda yang sesuai untuk majlis cukur jambul anak sulungnya. Nisa, isteri Amran sangat tidak selesa dengan kesungguhan Amran untuk mengadakan majlis cukur jambul secara berlebih-lebihan. Akibat keterujaan berjaya bergelar bapa, Amran tidak kisah untuk berbelanja untuk majlis itu. Nisa pula seorang yang sangat bersederhana malah mereka sering tidak sependapat terutama apabila Amran mahu mencukur sedikit rambut anaknya sahaja sebagai adat padahal menurut Nisa, mencukur sehingga botak lebih afdal untuk membuang rambut yang tumbuh sejak dari dalam perut. Akibat dari itu, Amran mula membangkitkan perkara lama di mana Nisa tidak mahu melenggang perut sebelum bersalin dahulu dan hal itu telah mengecilkan hati ibunya kerana perkara itu telah menjadi adat dalam keluarga mereka.
Tonton
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 |
DOWNLOAD