
Sinopsis ::
Filem Suamiku Jatuh Dari Langit mengisahkan seorang wanita bernama Asikin (Nora Danish) yang tinggal bersama adik dan ayahnya seorang ketua kampung yang tegas dan sangat menitik beratkan soal agama.
Mus (Syuk SYJ), seorang pemuda yang bermasalah di kampung dan dia mempunyai hubungan cinta dengan Wani (Atikah Suhaime) adik kepada Asyikin namun hubungan mereka berdua tidak direstui oleh Pak Bidin (Kaza) ayah kepada Wani kerana peragai Mus yang teruk.
Mus juga mempunyai seorang rakan baik iaitu Awie (Qi Razali) dimana Awie merantau ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan namun tidak bernasib baik dibuang kerja dan mengalami masalah kewangan.Mus juga mempunyai seorang rakan baik iaitu Awie (Qi Razali) dimana Awie merantau ke bandar untuk mencari peluang pekerjaan namun tidak bernasib baik dibuang kerja dan mengalami masalah kewangan.
Kerana desakan masalah kewangan, Awie telah meminjam duit daripada Daddy Cool (David Teo) namun duit yang dipinjam telah dicuri pada yang sama. Tertekan dan bimbang dengan keselamatannya, Awie terus pulang ke kampung mencari Mus dan berjumpa dengan Mus.Bermula saat ini pelbagai adegan lucu yang disajikan kepada penonton. Antaranya ialah adegan Awie dan Mus berpakaian kebaya. Serius kelakar tengok mereka berdua ni dan banyak lagi adegan-adegan lucu yang korang boleh tonton sepanjang tayangan filem Suamiku Jatuh Dari Langit ni.Atas desakan yang teramat sangat untuk mendapatkan wang dengan cepat, maka timbulah idea Mus untuk merompak duit simpanan Pak Bidin dirumahnya. Lalu mereka mula menjalankan operasi untuk merompak rumah Pak Bidin pada waktu malam. Ketika mereka sedang merompak, tiba-tiba terjadi kejadian yang tidak diingini. Ianya melibatkan Asyikin dan juga Awie sehinggakan menjadikan Pak Bidin naik marah.
Apakah yang berlaku kepada mereka? Berjayakah Awie mengumpul duit untuk melangsaikan hutangnya?
DOWNLOAD FILE SINI