
Sinopsis
Kepulangan Indra sembilan bulan dari laut mengejutkan ramai orang. Terutama Zulhijjah, kekasih Indra yang sekarang ini sudah menjadi tunang Bukhari dan bakal dinikahkan tidak lama lagi. Indra bersyukur ke atas kepulangan dari tragedi ribut yang menelan dua nyawa rakannya dan mendamparkan dia di sebuah pulau selama sembilan bulan. Kini, Indra merasa sia-sia setelah pulang setelah tahu kekasihnya Zulhijjah bakal menjadi isteri orang. Yasmin, seorang guru baru di sekolah Iman (adik kepada Indra) berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan Iman dapat mengeja dan membaca seperti mana pelajar yang lain. Suatu hari, Yasmin ke rumah Iman untuk bertemu Indra kerana mahu meminta kerjasama Indra untuk membantu Iman belajar di rumah. Usaha Yasmin tidak diberi perhatian oleh Indra malahan beliau merasakan ia adalah satu bebanan baginya...
Pelakon : Rosyam Nor, Fasha Sandha, Saiful Apek, Hasnul Rahmat, Ejad, Fauziah Nawi, M Said
DOWNLOAD FILE SINI