
SINOPSIS
Wadi (Azwadi, 17 tahun) dan Widya saling menyintai. Mereka belajar satu sekolah. Wadi di kelas Sastera manakala Widya di kelas Sains. Wadi miskin dan tinggal di kampung setinggan. Ayah Wadi (seorang pengawal keselamatan) terkorban ketika cuba menyelamatkan Wadi yang hampir lemas ketika mandi di lombong.
Sejak tragedi itu, Wadi tinggal dengan ibu tirinya, Zainah (38 tahun) dan tiga adik tirinya Zira (13 tahun) dan Zana (10 tahun). Zainah amat membenci Wadi kerana menganggap Wadi punca kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Sejak berkahwin dengan ayah Wadi, Zainah hanya berpura-pura menyayangi Wadi yang ketika itu berusia 2 tahun. Bila ayah Wadi meninggal, Zainah semakin membenci Wadi. Dia suka mendera dan memukul Wadi. Wadi begitu tertekan tapi tidak pernah melawan. Semua penderitaannya dipendamkan saja.
Untuk menghilangkan segala kesedihan, Wadi suka berlari. Berlari membuatkan perasaannya tenang dan tenteram. Wadi tetap bersabar bila Zainah selalu mengusir Wadi. Wadi berazam untuk meneruskan persekolahannya sehingga SPM kerana cita-cita mahu memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil kerana Wadi mahu jadi pelari pecut dan jarak jauh. Wadi memenangi banyak pertandingan larian dan juga mewakili sekolah. Dia amat disayangi oleh guru sukannya, Cikgu Hanafi yang melihat potensi besar dalam diri Wadi sebagai atlit.
Tonton
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 |
Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 |
DOWNLOAD