Home » » KL Wangan (2017)

KL Wangan (2017)


SINOPSIS:
Mengisahkan HONG (Kazuto) dan YUDI (Faizal Hussein) yang mempunyai sejarah dendam dalam perlumbaan kereta. Cerita ini bermula apabila HONG dan YUDI bertemu kembali di jalanraya dan berlumba. HONG mengalami kemalangan dan di selamatkan oleh seorang pemandu teksi bernama EJAY (Pekin). Ejay ditawarkan oleh Hong untuk mendapatkan kembali wang yang diambil oleh Yudi pada malam kemalangan tersebut.
EJAY berjaya menjejaki YUDI, dan meminta wang tersebut. YUDI meletakkan syarat sekiranya Hong inginkan wangnya kembali mereka harus turun ke jalanan untuk kembali berlumba.
Jika HONG memenangi perlumbaan tersebut, wang akan dipulangkan. Malangnya HONG tidak boleh memandu akibat kemalangan tempoh hari dan meminta EJAY mengantikan tempatnya untuk berlumba.
Pada awalnya. EJAY menolak permintaan HONG kerana dia sedang diburu Gangster Indonesia yang ingin membalas dendam berpunca dari pergolakan terdahulu dengan ayah EJAY.
Dalam waktu yang sama, HONG mempunyai seorang anak perempuan bernama OLIVIA. OLIVIA menyalahkan Hong ekoran kematian ibunya dan menentang ayahnya untuk kembali berlumba.
Pada perlumbaan akhir, berlaku pergaduhan di antara geng HONG dan YUDI. OLIVIA pergi ke tempat pergaduhan dan cuba menghalangnya terjadi. Namun setelah sampai di tempat kejadian, OLIVIA terkejut melihat YUDI. Mengapa Olivia terkejut melihat YUDI ? Dan dapatkah EJAY menyelesaikan masalah HONG? Apakah punca sebenar konflik di antara YUDI , HONG , OLIVIA dan EJAY?

TARIKH TAYANGAN: 21 Disember 2017
GENRE: Aksi
PELAKON: Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Kazuto Soon, Emily Lim, Jasmine Suraya, Xu Ping, Kodi Rasheed, Kamarul Hj Yusoff, Donny Alamshah, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi.
PENGARAH: Pekin Ibrahim

TONTON

POP

Popular Posts

Blog Archive

 
Copyright © 2014 Malay Tonton Tube
Blogger Templates